WHO mencadangkan agar bayi diberi makan pada usia 6 bulan, begitu juga dengan Jabatan Kesihatan United Kingdom, dan Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan ibu menyusukan anaknya secara eksklusif (tanpa makanan lain, susu lain, mahupun air masak) selama 6 bulan.
Namun, masih ramai yang tidak mengikuti polisi yang di sarankan di atas oleh kerana sebab-sebab bergini:-
- Beranggapan bahawa bayi lapar bila hanya meminum susu yang kononnya hanyalah air semata2.
- Beranggapan bahawa perut bayi akan lebih kuat sekiranya diberi makan lebih awal.
- Beranggapan bahawa bayi akan lebih kenyang dan tidur lebih lena jika diberi makan.
- Beranggapan bahawa bayi berminat dengan makanan yang kita makan apabila mereka menunjukkan gaya mulut menelan air liur.
Makanan pejal tidak boleh diberikan sebelum umur 6 bulan kerana:
- Sistem Penghadaman Yang Belum Matang
Sistem
penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia
untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih belum
menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim amilase di
dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan
pertama.
- Makanan yang paling seimbang dan lengkap adalah susu badan untuk usia bayi yang bawah daripada 6 bulan.
- Meningkatkan risiko alahan makanan dan jangkitan kuman kepada Bayi.
- Usus Bayi belum cukup matang dan boleh menyebabkan risiko kecederaan pada usus atau usus tersumbat (‘intestinal obstruction‘).
- Buah pinggang belum cukup matang untuk mengendalikan beban berlebihan dengan makanan pejal.
- Masalah Dalam Penyusuan

Jom
tengok gambar2 yang saya share di bawah ni supaya mendatang kesedaran
kepada kita semua. Kita sebagai parents kepada anak2 kita perlu lah
bertegas dalam membuat keputusan untuk anak2 kita, untuk kesihatan anak2
kita, untuk masa hadapan anak2 kita, untuk permakanan anak2 kita. Sebab
bila terjadi perkara2 yang tak diingini kat anak2 kita, at last kita
juga yang kena jaga anak2 kita dan bertanggungjawap untuk masa depan
diorang. Bukannya orang yang sibuk dok paksa kita bagi makan itu ini
yang akan jagakan anak2 kita.
PADAH MEMBERI MAKAN BAYI BAWAH 6 BULAN



Sila SHARE post ni jika mommy rasa bermanfaat untuk mommies yang lain.
Jom
Follow PAGE FACEBOOK @babysadoo untuk dapatkan tips dan info penjagaan
baby, tentang permakanan baby, tips penyusuan secara ekslusif sehingga
terpaksa mencari 3 anak susuan dan lain2.
No comments:
Post a Comment